Cari @ Amanz

WeChat Malaysia hari ini dilihat telah mula memperkenalkan sokongan WeChat Pay melalui aplikasi mereka. Pengguna tempatan kini boleh mengemaskini aplikasi di Android dan iOS, sekaligus melihat tetapan baru untuk pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

WeChat Pay

Menggunakan WeChat Pay ini, pengguna boleh membuat pautan kad debit Visa atau Mastercard, seterusnya membuat tambah-nilai untuk digunakan membayar akaun prabayar telekomunikasi, membeli tiket pengangkutan, atau menghantar wang kepada pengguna WeChat lain.

Buat masa ini, kedai-kedai yang menerima pembayaran melalui WeChat Pay masih sangat terhad. Kita mungkin akan melihat angka berkenaan bertambah drastik selepas hari ini.

WeChat Pay

Bagi anda yang menggunakan WeChat, anda boleh menyemak panel tetapan anda hari ini untuk WeChat Pay ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd