Mynic Memperkenalkan Antaramuka Pemuka Baru Bagi Pengurusan Nama Domain

Mynic Memperkenalkan Antaramuka Pemuka Baru Bagi Pengurusan Nama Domain

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Mynic hari ini telah mula memperkenalkan antaramuka pemuka baru yang lebih moden dan mudah digunakan untuk pengurusan nama domain, berbanding versi sebelum ini. Buat masa ini, Mynic menawarkan kedua-dua pilihan pemuka kepada pengguna.

Melalui laman pemuka baru yang dihoskan melalui panel iChoose.my, pengguna boleh membuat pengurusan nama domain, termasuk membuat perubahan nama pelayan dan sebagainya dengan mudah.

Mynic iChoose Panel

Mynic iChoose Panel

Pengenalan ini hadir selepas sekian lama para pengguna dan pelanggan Mynic menantikan laman pemuka yang lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini. Kami sendiri merasakan panel pengurusan baru ini lebih mudah dikendalikan berbanding versi lama yang sedikit sukar.

Bagi anda yang mempunyai nama domain dengan akhiran .my, anda boleh menyemak panel pengursan baru ini hari ini.

Layari : Panel Pengurusan Mynic iChoose


TIPS & ULASAN