Aplikasi 32-bit Tidak Akan Lagi Disokong Selepas macOS Mojave

Aplikasi 32-bit Tidak Akan Lagi Disokong Selepas macOS Mojave

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Kemaskini sistem operasi macOS Mojave diumumkan pada acara WWDC beberapa hari yang lalu. Ia akan diberikan kepada umum sekitar bulan September ini. Antara fungsi baharu yang bakal diperkenalkan ialah tema gelap, sokongan FaceTime berkumpulan dan Mac App Store dengan rekaan baru. Apple juga mendedahkan Mojave turut akan menjadi sistem operasi mereka yang terakhir menyokong aplikasi 32-bit.

Pada April yang lalu, amaran aplikasi yang tidak dioptimasi mula diterima pengguna macOS 10.13.4. Dengan tamatnya sokongan aplikasi 32-bit, Apple turut akan menamatkan sokongan rangka kerja QuickTime framework, Java 1.6 Apple framework dan Carbon HLTB. Pembangun aplikasi Mac kini tidak mempunyai pilihan selain berpindah ke 32-bit. Bagi pengguna aplikasi legasi yang sudah lama tidak dikemaskini, mungkin mereka perlu berfikir dua kali sebelum menggunakan versi terkini macOS tahun hadapan.


TIPS & ULASAN