Mozilla Firefox Menguji Kebolehan Melayari Dua Laman Secara Bersebelahan

Mozilla Firefox Menguji Kebolehan Melayari Dua Laman Secara Bersebelahan

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Mozilla sedia menguji sejumlah ciri baru melalui Test Pilot. Hari ini, mereka turut menambah satu lagi ujian baru dinamakan Side View.

Melalui sokongan Side View pada Firefox, ia membolehkan pengguna melayari dua laman web secara bersebelahan tanpa perlu mengubah tab. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna membandingkan dua halaman dengan mudah, selain berguna ketika sedang menulis laporan dan sebagainya.

Bersama-sama eksperimen Side View ini, Mozilla turut menguji sokongan baru dinamakan Custom Color yang membolehkan pengguna membuat perubahan warna dan tema pelayar web anda.

Bagi yang menggunakan Firefox dan ingin mencuba ciri ini, boleh ke laman Test Pilot hari ini.

Layari : Firefox Test Pilot


TIPS & ULASAN