Cari @ Amanz

Seperti biasa, setiap bulan peranti yang menjalankan Android One atau Android asli akan menerima kemasini tampalan sekuriti. Sudah pun masuk Jun 2018 dan kemaskini untuk Pixel 2 XL sudah mula diedarkan. Namun begitu – Pixel 2 XL mengalami masalah skrin lambat hidup selepas kemaskini ini.

Antara perkara baru dalam kemaskini Jun 2018 untuk peranti Pixel atau Nexus adalah penambahbaikan akan fungsi “Ambient Display“. Tetapi apabila cuba hidupkan skrin melalui butang kuasa atau nyahkunci melalui pengimbas cap jari, terdapat lengah masa yang serius daripada paparan “Ambient Display” ke kunci skrin/laman utama skrin.

Buat masa ini, cara untuk membaiki fungsi ini ialah dengan mematikan terus fungsi “Ambient Display” untuk sementara waktu.

Wakil Google telah pun sedar akan masalah ini dan kemaskini untuk membaiki masalah ini akan hadir dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd