DJI Dan Axon Bekerjasama Dalam Menghasilkan Dron Untuk Polis

DJI Dan Axon Bekerjasama Dalam Menghasilkan Dron Untuk Polis

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

DJI terkenal dengan dron-dron yang mereka hasilkan. Walaupun harganya mahal, tetapi kualiti dan kemampuan dron DJI ini tidak dinafikan cukup hebat. DJI kini bekerjsama dengan Axon dalam menghasilkan dron khas untuk polis.

Bagi yang tidak tahu, Axon adalah syarikat yang menghasilkan pistol taser dan juga kamera badan untuk polis. Dron untuk polis ini dinamakan sebagai projek “Axon Air“. Semua rakaman dan data daripada produk Axon diselarikan kepada Evidence.com. Di mana laman ini menyimpan gambar dan video dan pihak berkuasa boleh rujuk sebagai bukti. Begitu juga dengan projek “Axon Air“, perkara sama akan dilakukan.

Menurut DJI, projek “Axon Air” ini akan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan undang-undang, melindungi orang awam, memberi maklum balas kepada bahaya dan juga menyelamatkan nyawa. Selain itu, “Axon Air” turut mencadangkan perkhidmatan yang pihak polis boleh gunakan, antaranya;

  • Cari dan selamat
  • Pembinaan semula kemalangan jalan raya
  • Pemantauan orang ramai
  • Bantuan mengejar suspek atau mengosongkan bangunan
  • Maklum balas terhadap kejadian alam semula jadi
  • Menganalisa tempat kejadian
  • Pengumpulan bukti generasi baru

Terdapat banyak perkara baik dalam penggunaan dron untuk polis. Tetapi di Amerika Syarikat ada yang menganggap penggunaan dron ini menganggu privasi orang awam.


TIPS & ULASAN