Cari @ Amanz

Tidak banyak peranti dengan papan kekunci fizikal di pasaran sekarang tetapi ia pernah medominasi pasaran terima kasih kepada Blackberry. Syarikat ini masih merasakan ada pasaran untuk peranti dengan papan kekunci fizikal dan bakal melancarkan Blackberry Key2 esok. Spesifikasi Key2 akhirnya tertiris menerusi @evleaks hari ini dan ia adalah sebuah lagi peranti kelas pertengahan.

Ia dilengkapi skrin 4.5″ IPS LCD bernisbah 3:2, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64/128 GB, kamera utama 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.6, kamera swafoto 8-Mengapixel dan bateri sebesar 3500 mAh. Papan kekunci fizikal dengan 35 butang yang digunakan akan mempunyai pengimbas cap jari pada butang spacebar. Masih terdapat sokongan bicu audio 3.5mm dan juga pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd