Xiaomi Redmi 6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Jun

Xiaomi Redmi 6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Jun

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Peranti Redmi adalah peranti kelas permulaan yang dipasarkan pada harga yang mampu milik di Malaysia. Peranti-peranti Xiaomi Redmi 6 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Jun ini. Adalah dipercayai Redmi 6, Redmi 6A, Redmi 6 Plus dan Redmi 6 Pro bakal dilancarkan pada tarikh tersebut.

Spesifikasi peranti-peranti ini tidak diketahui tetapi dari imej yang tertiris ia akan menggunakan skrin bertakuk, dwi-kamera dan tubuh yang diperbuat daripada logam. Ini akan menjadikan Redmi 6 peranti kedua selepas Xiaomi Mi 8 yang dilengkapi skrin bertakuk. Kami yakin semakin hampir kepada tarikh pelancaran, spesifikasi kesemua peranti akan tertiris dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN