Cari @ Amanz

Pada acara CES awal tahun yang lalu, LG memperlihatkan projektor 4K pertama yang mereka hasilkan. Selepas beberapa, bulan akhirnya projektor ini mula dijual di Amerika Syarikat dan ia berharga USD2999.99 (~RM11920) sahaja.

Projektor ini mampu memancarkan gambar 150-inci pada resolusi 4K UHD dengan resolusi 3840 x 2160. Selain itu, ia turut mempunyai sokongan HDR10 untuk warna yang terang dan lebih cantik. Tahap kecerahan projektor ini adalah pada 2500 lumens. Untuk suara pula, projektor LG HU80KA ini mempunyai dua pembesar suara 7-watt terbina.

Rekaan projektor ini juga agak minimal dengan rekaan seakan kuboid dan boleh di letakkan pada empat jenis posisi, menegak, terbalik atau juga kedua bahagian sisi.

Untuk penyambungan, projektor ini mempunyai x1 port audio optikal, x2 HDMI, x2 USB-A dan juga sokongan bluetooth. Menjadikan projektor ini lebih menarik adalah ia menjalankan LG WebOS yang sama seperti televisyen pintar LG. Pengguna turut boleh menggunakan “Screen Share” untuk memaparkan skrin telefon kepada projektor melalui bluetooth.

Jika anda rasa projektor LG ini mahal, anda boleh lihat projektor 4K daripada Xiaomi yang harganya jauh lebih murah.

Tidak pasti jika projektor berharga belasan ribu ini akan hadir ke pasaran tempatan. Tetapi, jika ia hadir adakah anda akan memilikinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd