Google Memperlihatkan Project Oasis – Terarrium Dengan Kecerdasan Buatan
Artikel Berkaitan

Google Memperlihatkan Project Oasis – Terarrium Dengan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Kecerdasan buatan adalah satu sistem yang diperbuat daripada barisan kod. Ia mempunyai kemampuan mempelajari sesuatu dengan diri sendiri dan aplikasi kecerdasan buatan kepada sesuatu di dunia adalah tanpa had. Google kini, memperlihatkan satu projek baru dengan kecerdasan buatan iaitu Projek Oasis.

Projek Oasis adalah satu terarrium dengan kecerdasan buatan yang boleh dikawal dengan Google Assistant. Bagi yang tidak tahu apa itu terarrium, ia adalah tanah dengan tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang ditutupi dengan sesuatu bekas.

Dengan Projek Oasis, pengguna boleh menggunakan Google Assistant untuk menanyakan cuaca di sesuatu tempat. Kemudian keadaan cuaca itu akan disimulasi pada terraium tadi. Jika hujan, akan ada percikan air keluar, jika panas lampu akan bernyala atau jika berawan atau kabus akan ada wasap yang keluar. Buat masa ini projek ini hanya mampu menunjukkan cuaca hujan, panas, atau juga berawan. Lain-lain seperti salji atau berangin masih tidak boleh.

Lebih menarik, akan datang Google membenarkan anda membina Projek Oasis dengan sendiri. Jika anda berminat, segala kod, cara binaan ataupun tutorial akan berada di laman GitHub ini.


TIPS & ULASAN