Cari @ Amanz

Motorola hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru, iaitu Moto Z3 Play. Telefon pintar ini meneruskan sokongan modular melalui Moto Mods, sekaligus membolehkan pengguna menambah beberapa ciri-ciri tambahan dengan membeli Mods berasingan.

Moto Z3 Play

Moto Z3 Play hadir dengan skrin 6.01-inci Super AMOLED dengan paparan resolusi 2160×1080 pada nisbah 18:9. Ia hadir dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM dan storan sehingga 64GB.

Moto Z3 Play menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12-megapixel dengan 5-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui USB-C.

Motorola turut menyertakan pengimbas cap jari yang diposisikan pada bahagian tepi seumpama peranti Xperia sebelum ini. Motorola juga mungkin memilih lokasi tepi ini kerana pada bahagian belakang pengguna akan menggunakan Moto Mods, sementara pada bahagian hadapan mereka ingin menawarkan rekaan skrin menyeluruh.

Moto Z3 Play

Motorola mengumumkan mereka akan menawarkannya pada peringkat global secara berperingkat bermula bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd