Kemaskini watchOS 5 akan diberikan kepada Apple Watch pada bulan September kelak. Antara fungsi menarik yang menanti pengguna ialah fungsi walkie talkie, mengesan aktiviti secara automatik. Siri yang lebih responsif dan notifikasi yang lebih berinformasi. Seperti biasa persoalannya adakah Apple Watch yang dimiliki anda akan menerima kemaskini ini?
Bagi pengguna Apple Watch Series 0 (generasi pertama 2015), jawapannya ialah tidak. Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi Apple. wathOS 5 hanya menyokong Apple Watch Series 1 dan ke atas sahaja buat masa ini. Ini bermakna sokongan kemaskini sistem operasi hanya bertahan selama tiga tahun untuk Apple Watch Series 0. Ini adalah tempoh sokongan yang pendek jika dibandingkan dengan iPhone yang biasanya disokong sehingga 5 tahun.
Tiadanya sokongan kemaskini watchOS 5 ini pastinya akan mengecewakan pemilik Apple Watch Edition yang dijual pada harga mencecah RM80,000 di Malaysia. Tetapi hakikatnya perkakasan Appe Watch Series 0 sudah tidak berkuasa untuk menyokong sistem operasi yang terkini.