Cari @ Amanz

Qualcomm Snapdragon 4xx adalah cip pemproses untuk peranti kelas permulaan. Dengan pengenalan terhadap peranti Android-Go, Qualcomm akan melancarkan Snapdragon 429 dan 439 untuk kegunaan peranti tersebut.

Maklumat ini diterima daripada kicauan @ronaldquandt, beliau mengatakan bahawa Snapdragon 439 adalah salah satu variasi daripada Snapdragon 625. Akan tetapi, kemampuan cip ini masih tidak diketahui. Sebelum ini, variasi lain bagi Snapdragon 625 adalah Snapdragon 450 dengan kelajuan yang direndahkan. Bagi Snapdragon 429 pula, masih tiada sebarang maklumat lagi.

Walaupun kedua-dua cip pemproses ini ditujukan kepada peranti Android-Go, namun ia bukanlah cip yang eksklusif untuk peranti tersebut. Pengeluar turut boleh menggunakannya pada mana-mana peranti. Tiada butiran lanjut mengenai bila peranti kelas permulaan baru akan menggunakannya. Sama-sama kita nantikan kemunculan lebih banyak peranti mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd