Garis Panduan App Store Dikemaskini Bagi Membolehkan Aplikasi Dicuba Percuma Sebelum Dibeli

Garis Panduan App Store Dikemaskini Bagi Membolehkan Aplikasi Dicuba Percuma Sebelum Dibeli

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Terdapat hampir empat juta aplikasi ditawarkan menerusi App Store. Kebanyakannya percuma tetapi yang berkualiti biasanya perlu dibeli. Namun kami sedari tidak ramai pengguna ingin membeli aplikasi kerana tidak tahu sama ada ia benar-benar berkualiti. Apple telahpun mengubah garis panduan aplikasi di App Store yang akhirnya membolehkan aplikasi dicuba secara percuma sebelum dibeli.

Menurut garis panduan baru ini, tempoh percubaan percuma sehingga 14 hari boleh ditawarkan oleh pembangun aplikasi. Selepas tempoh tersebut fungsi tertentu mungkin akan dinyahaktifkan bagi menggalakkan pembelian. Perubahan garis panduan ini telah lama dimahukan oleh pembangun. Kesatuan Pembangun Aplikasi App Store yang ditubuhkan beberapa minggu yang lalu menggesa Apple mengaktifkan fungsi ini. Ini menyelaraskan App Store dengan Mac App Store yang telah lama menawarkan tempoh percubaan aplikasi secara percuma. Dengan wujudnya tempoh percubaan ini, pembelian aplikasi dipercayai akan meningkat.


TIPS & ULASAN