CEO Astro Meletak Jawatan – Berkuat-Kuasa 31 Januari 2019

CEO Astro Meletak Jawatan – Berkuat-Kuasa 31 Januari 2019

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Astro Malaysia hari ini mengumumkan yang mana CEO semasa Astro, iaitu Dato’ Rohana Rozhan telah pun memberikan notis perletakan jawatan yang berkuat-kuasa 31 Januari 2019. Selepas tarikh berkenaan, beliau akan kekal sebagai ahli lembaga dalam syarikat berkenaan.

Rohana Rozhan telah bersama Astro untuk lebih 20 tahun, dimana dibawah beliau Astro turut telah memfokuskan kepada sejumlah penawaran digital, termasuk penawaran kandungan yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, mengambil-kira data dan analitik dalam penawaran kandungan dan sebagainya.

Henry Tan dijangka akan mengetuai Astro selepas 31 Januari 2019 kelak.


TIPS & ULASAN