Intel Memperlihatkan Prototaip Komputer Riba Dengan Dwi-Skrin
Artikel Berkaitan

Intel Memperlihatkan Prototaip Komputer Riba Dengan Dwi-Skrin

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Pada acara Computex 2018 di Taipei dua komputer riba baru menjadi tarikan orang ramai iaitu ASUS Project Precog dan Lenovo Yoga Book 2. Dua komputer riba ini adalah komputer riba pertama di dunia dengan dwi-skrin. Malang sekali, kedua-dua komputer riba ini tiada prototaip yang boleh diuji.

Menurut Naib Presiden Intel, Gregory Bryant sebenarnya kedua-dua komputer riba ASUS dan Lenovo ini adalah inspirasi daripada projek komputer riba dwi-skrin mereka Tiger Rapid. Projek Tiger Rapid ini mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkannya. Tiger Rapid ini adalah sebuah komputer riba dengan satu paparan LCD dan satu paparan e-Ink.

Menurut Bryant, sekarang mungkin akan menggunakan teknologi dwi-skrin. Tetapi di masa akan datang kita boleh lihat komputer dengan skrin boleh lipat. Ini adalah sejajar dengan laporan kami mengenai Lenovo Yoga Book 3. Buat masa ini, Tiger Rapid adalah satu-satu komputer riba dwi-skrin yang berfungsi. Menurut Intel, komputer riba mereka ini adalah lebih nipis daripada sebuah iPhone 8. Skrin pertama adalah skrin LCD 7.9-inci manakala skrin kedua adalah panel e-Ink.

Menguasakan komputer riba prototaip ini adalah cip pemproses Kaby Lake dan storan dalaman SSD. Terdapat satu sahaja port penyambungan untuk Tiger Rapid iaitu USB-C. Ujian bateri prototaip setakat ini adalah penggunaan selama 13-15 jam. Selain itu, menurut Intel juga pengalaman menulis pada peranti ini adalah hampir sama seakan menulis pada kertas sebenar.

Dengan kejayaan prototaip ini, Intel mungkin akan bekerjasama dengan pengeluar yang berpotensi untuk menghasilkan produk akhir. Pada pendapat saya, ini adalah satu inovasi yang baik untuk pengeluaran komputer riba. Anda pula bagaimana, adakah ini sesuatu yang anda akan miliki di masa hadapan?


TIPS & ULASAN