Carian
BlackBerry Key2 Dilancarkan – Meneruskan Tradisi Penawaran Papan Kekunci Fizikal
June 7, 2018 Aman

BlackBerry Mobile hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu BlackBerry Key2. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan penaik-tarafan kepada BlackBerry KeyOne yang dilancarkan pada tahun lepas

BlackBerry Key2

BlackBerry Key2 hadir dengan skrin 4.5-inci LCD dengan nisbah 3:2, selain papan kekunci fizikal diposisikan pada bahagian bawah. Rekaan bingkai juga sedikit dinipiskan, termasuk saiz papan kekunci yang lebih baik berbanding sebelumya.

BlackBerry juga turut menambah sebuah kekunci khusus dinamakan Speed Key yang membolehkan anda menggunakannya untuk mengakses sekitar 52 pintasan dengan pantas.

Telefon pintar ini turut menggunakan cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel dan telefoto, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3500mAh yang dikatakan mampu bertahan penggunaan dua hari.

Seperti peranti sebelum ini, Blackberry Key2 hadir dengan sistem operasi Android dengan penambahan beberapa aplikasi BlackBerry seperti untuk sekuriti, perusahaan dan BB Hub.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dibawa masuk untuk pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, ia akan ditawarkan pada harga $649 iaitu sekitar RM2584.

Komen