MSI Hadir Dengan Monitor 25-inci Dengan Sokongan Kadar Segar Semula 240Hz
MSI

MSI Hadir Dengan Monitor 25-inci Dengan Sokongan Kadar Segar Semula 240Hz

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Penawaran monitor memfokuskan permainan dengan kadar segar semula yang tinggi semakin popular akhir-akhir ini. Terkini, MSI maju kehadapan, dan telah memperkenalkan MSI Oculux NXG251 yang menawarkan skrin bersaiz 25-inci dan kadar segar semula 240Hz.

MSI 240Hz

Monitor dengan sokongan paparan 1080p ini turut hadir dengan sokongan NVIDIA G-Sync, serta menariknya menawarkan masa respon pantas 0.5 milisaat.

Dengan monitor baru ini, MSI dilihat menyasarkan peminat permainan video dan e-sukan yang inginkan kadar segar semula tinggi untuk permainan yang lebih menarik.

Monitor ini membawakan tanda harga $899 di Amerika Syarikat, iaitu sekitar RM2385. Di pasaran hari ini, selain MSI, terdapat beberapa pengeluar menawarkan monitor 25-inci dengan kadar segar semula 240Hz, termasuk daripada Dell Alienware dan Viewsonic.


TIPS & ULASAN