iPhone X Dan Kerangka Edisi Khas Diperbuat Daripada Emas Sempena Piala Dunia Dilancarkan

iPhone X Dan Kerangka Edisi Khas Diperbuat Daripada Emas Sempena Piala Dunia Dilancarkan

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum temasya sepak bola terbesar, Piala Dunia akan berlangsung di Rusia. Tahun ini Malaysia sekali lagi tidak layak dan kita terpaksa memilih pasukan angkat untuk disokong. Bagi peminat tegar ini ialah masa yang sesuai untuk mendapatkan iPhone X dan kerangka iPhone X edisi khas Piala Dunia telah dihasilkan oleh Caviar.

Syarikat produk adi-mewah ini menghasilkan iPhone X edisi khas bertemakanLionel Messi, Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Thomas Müller, Paul Pogba, Kevin de Bruyne dan Neymar. Kesemuanya diperbuat daripada emas, emas putih dan kulit dengan wajah pemain pada panel belakang. Setiap satu peranti edisi terhad ini dijual pada harga 269,000 Rubles (~RM 17200).

Sekiranya ini masih terlalu mahal Caviar turut menghasilkan kerangka untuk iPhone X dengan rekaan pemain bola sepak kegemaran serta negara yang bertanding. Antara yang dihasilkan ialah kerangka untuk Rusia, England, Brazil dan Jerman, Harga jualan kerangka-kerangka ini ialah di antara 26,900 – 66,900 Rubles (~RM 1720-4270) sebuah. Jika anda tidak meminati peranti iOS, peranti rasmi Piala Dunia ialah Vivo X21 Edisi Piala Dunia telahpun dilancarkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN