Google Memperkenalkan Rekaan Panel Log Masuk Baru

Google Memperkenalkan Rekaan Panel Log Masuk Baru

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Tahun ini, Google banyak mengemaskini rekaan aplikasi dan perkhidmatan mereka. Rekaan baru yang dikatakan adalah Material Design 2.0 ini bakal hadir pada log masuk akaun Google tidak lama lagi.

Jika anda lihat gambar di atas, penyusunan logo Google kini berada di bahagian tengah dan ruang mengisi alamat emel kini mempunyai rekaan baru dengan kemasan garisan berwarna biru.

Menurut Google, rekaan baru ini akan mula hadir pada pengguna G-Suites bermula 14 Jun 2018 dan pengguna lain akan menerima kemaskini rekaan ini dua minggu kemudiannya.


TIPS & ULASAN