Carian
Spesifikasi Oppo Find X Tertiris – Akan Dijana Snapdragon 845
June 8, 2018 Effi Saharudin

Dalam masa dua minggu Opoo Find X akan dilancarkan di Paris. Peranti yang sudah empat tahun tidak dikemaskini ini akan menandakan kembalinya Oppo ke dalam penghasilan peranti berspesifikasi tinggi. Bercakap tentang spesifikasi, ia akhirnya tertiris selepas memasuki laman pensijilan TENAA di China tetapi kini telah dipadam.

Ia akan dilengkapi skrin 6.4 inci AMOLED, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 8GB RAM, kamera utama 20+16 Megapixel, kamera swafoto 25-Megapixel dan bateri sebesar 3645 mAh. Terdapat sokongan VOOC pada peranti ini. Ini sekaligus menjadikannya lebih berkuasa berbanding OnePlus 6.

Terdapat spekulasi Find X akan menjadi peranti pertama yang menggunakan teknologi zoom 5X nirhilang yang diperlihatkan oleh Oppo dua tahun lalu. Yang pasti penanti untuk peranti ini tidak akan terlalu lama. Adakah anda teruja dengan kembalinya Oppo dalam penghasilan peranti utama?

Komen