Cari @ Amanz

Yahoo! Messenger merupakan salah satu perkhidmatan sembang yang popular sekitar sedekad yang lepas. Namun, dengan populariti aplikasi perkhidmatan permesejan mudah-alih seperti WhatsApp dan lain-lain yang meningkat naik, populariti perkhidmatan Yahoo! Messenger atau dikenali YM! semakin menurun dari hari ke hari.

Terkini, pihak Yahoo! mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan permesejan Yahoo! Messenger pada 17 Julai 2018 kelak.

Yahoo Messenger

Pihak Yahoo! tidak berkongsi sebab mengapa mereka menghentikan perkhidmatan berkenaan. Berkemungkinan besar ia mungkin disebabkan oleh angka penggunanya yang sedikit dan kos penyelenggaraannya mungkin tidak berbaloi.

Pihak Yahoo! meminta pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan sembang untuk beralih ke Yahoo! Squirrel – iaitu salah satu perkhidmatan permesejan berkumpulan yang masih pada peringkat beta.

Bagi pengguna Yahoo! Messenger pula, anda boleh memuat-turun data anda daripada perkhidmatan permesejan berkenaan melalui laman khusus yang disediakan oleh Yahoo! hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd