Harga Jualan Nova 2 Lite Dikemaskini – Kini Berharga RM659

Harga Jualan Nova 2 Lite Dikemaskini – Kini Berharga RM659

Diterbitkan pada June 9, 2018 oleh .

Huawei pada bulan Mac lepas telah pun melancarkan Nova 2 Lite untuk pasaran Malaysia. Ketika pelancaran, ia membawakan harga RM799. Kini, selang beberapa bulan, pihak Huawei mengemaskini harga jualan peranti berkenaan, dan boleh didapati pada harga RM659.

Huawei Nova 2 Lite hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci IPS LCD, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut hadir dengan kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, oleh mendapatkan telefon pintar ini daripada para pengedar rasmi Huawei seluruh negara pada harga RM659.


TIPS & ULASAN