Pembangunan Pelancar Sony Xperia Home Dihentikan

Pembangunan Pelancar Sony Xperia Home Dihentikan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Peranti Xperia keluaran Sony menggunakan pelancar Xperia Home sebagai ganti kepada pelancar Timescape. Dengan pelancar ini, antaramuka peranti keluaran mereka mengekalkan rekaan hampir stock dengan sedikit kustomasi pada ikon navigasi serta aplikasi. Kepada peminat pelancar Xperia Home, masa untuk mengucapkan selamat tinggal kerana pembangunannya telah dihentikan oleh Sony.

Pengumuman dilakukan menerusi laman Xperia Home di Google Plus bahawa pembangunan fungsi baru telah dihentikan. Tumpuan hanya diberikan kepada penampalan pepijat dan sokongan membaikpulih sebarang masalah yang mungkin wujud. Tindakan Sony ini boleh dilihat dari dua sudut. Pertama ialah Sony mungkin akan menggunakan pelancar Android Asli. Kedua ialah masa depan bahagian peranti mudah alih Sony kini dalam bahaya.

Bahagian peranti mudah alih masih belum menunjukkan keuntungan dan jualannya pula masih mengecewakan. Sekiranya dihentikan adakah pembaca Amanz akan merindui peranti Xperia?


TIPS & ULASAN