Cari @ Amanz

Command & Conquer : Rivals Bakal Hadir Ke Android Dan iOS

Oleh Aman

Link Copied!

Siri Command & Conquer merupakan salah satu siri permainan strategi yang popular dan mempunyai peminat ramai sekitar sedekad yang lepas. Walaubagaimanapun, disebabkan beberapa sebab, pihak EA sebelum ini telah menutup studio disebalik siri permainan berkenaan, sekaligus tiada versi terbaru yang hadir ke pasaran.

Namun, perkara berkenaan berubah hari ini. Paca acara E3 2018 yang diadakan hari ini, EA telah pun mengumumkan Command & Conquer : Rivals.

https://www.youtube.com/watch?v=fyNXQpAFQJc

Berbeza dengan permainan sebelum ini, Rivals ditujukan untuk peranti mudah-alih, dan ditawarkan untuk Android dan iOS.

Seperti sebelum ini, ia menawarkan bentuk permainan strategi masa-nyata, membolehkan anda membangunkan unit dan kelengkapan tentera sebelum menyerang pihak lawan.

Buat masa ini, pihak EA tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran rasmi untuk permainan ini. Bagi pengguna peranti Android, anda boleh mendaftar minat untuknya melalui Google Play Store hari ini.

Ikuti pelbagai berita terkini daripada E3 2018 secara langsung di Aksiz.

Komen ()