Cari @ Amanz

Adblock Plus merupakan salah satu pemalam yang ditawarkan untuk pelayar web, membolehkan pengguna untuk menghalang paparan iklan, selain menghalang beberapa penjejak daripada penyedia perkhidmatan pengiklanan.

Kini, selain hanya menghalang penjejak daripada perkhidmatan pengiklan, perkhidmatan Adblock Plus turut menambah sokongan untuk menghalang penjejak daripada perkhidmatan sosial seperti Facebook.

AdBlock Plus Sosial

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini kebanyakkan laman web menyediakan butang perkongsian sosial, sekaligus membolehkan perkhidmatan sosial seperti Facebook untuk memantau aktiviti anda. Dengan penggunaan Adblock Plus, anda boleh menghalangnya, sekaligus meningkatkan lagi privasi anda ketika melayari web.

Bagi anda yang menggunakan Chrome atau Firefox, anda boleh menambah pemalam Adblock Plus hari ini, dan menambah halangan penjejak perkhidmatan sosial hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd