Cari @ Amanz

Pada pelbagai telefon pintar Android, ia hadir dengan bootloader yang telah dikunci untuk tujuan sekuriti. Dengan langkah ini, ia sekaligus mengelak sebarang perisian pihak ketiga dipasang – selain data daripada peranti berkenaan diakses oleh pihak ketiga yang mempunyai akses fizikal ke peranti berkaitan.

Walaubagaimanapun, hal berkenaan dilihat tidak berlaku untuk OnePlus 6. Melalui kerentanan yang ditemui oleh pengkaji sekuriti, ia dilihat OnePlus 6 membolehkan sesiapa sahaja menjalankan kod pada peranti berkenaan walaupun dikunci, sekaligus mengakses kepada data dalam peranti berkenaan, atau mengubah sistem.

OnePlus 6

Seperti kebiasaan, untuk menjalankan kod berkaitan, seseorang pengodam memerlukan akses fizikal kepada peranti berkenaan.

Kerentanan ini boleh dikatakan agak serius, dan menjadi persoalan bagaimana pihak OnePlus boleh terlepas pandang masalah serius ini pada peranti OnePlus 6 mereka yang terbaru ini.

Bercakap mengenainya, pihak OnePlus mengatakan mereka telah menghubungi pengkaji sekuriti berkaitan, dan akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk OnePlus 6 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd