Facebook Akan Mengurangkan Paparan Notifikasi Yang Memberitahu Rakan Menggunakan Messenger

Facebook Akan Mengurangkan Paparan Notifikasi Yang Memberitahu Rakan Menggunakan Messenger

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Facebook Messenger adalah platform permesejan dalam talian yang agak menarik. Kemaskini demi kemaskini, Messenger kini hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti permua terbina, panggilan berkumpulan dan juga perbualan berahsia. Walaupun ia mempunyai banyak ciri menarik, terdapat satu ciri yang menjengkelkan – iaitu notifikasi “You’re Now Connected To Messenger” apabila seorang rakan mula menggunakan Messenger.

Notifikasi ini menjengkelkan kerana ia hadir seolah ada rakan Facebook yang ingin mulakan perbualan melalui Messenger. Sekaligus ia akan membuat pengguna terlepas pandang akan notifikasi perbualan yang sebenar.

Menurut Facebook, mereka sedar akan isu ini dan akan mula membaikinya dengan mengurangkan penerimaan notifikasi seperti ini. Selain itu, mereka turut akan menggunakan pembelajaran mesin bagi membantu menyelesaikan masalah ini.


TIPS & ULASAN