Carian
ASUS Dilaporkan Pernah Merancang Untuk Hasilkan Telefon Dengan 10GB RAM
June 11, 2018 Fahim Zahar

Pada acara Computex 2018 minggu lepas, ASUS mengejutkan dunia dengan pengenalan kepada ROG Phone – telefon pintar gaming pertama daripada mereka. Ia mempunyai logo dengan lampu RGB, sokongan modul kipas penyejuk dan spesifikasi yang berkuasa. Beberapa bulan lepas, ASUS pernah merancang untuk hasilkan telefon pintar kelas utama dengan RAM sebesar 10GB.

Info ini diperoleh daripada Ronald Quandt. Beliau menyatakan rancangan ini mungkin adalah untuk ROG Phone. Akan tetapi, ia tidak diteruskan kerana mustahil untuk muatkan dalam sebuah peranti tanpa rekaan yang tebal dan terjojol.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ASUS ROG Phone adalah telefon pintar gaming yang tampak agresif dan mungkin yang paling berkuasa setakat ini.

Komen