Wanita Mendakwa Kereta Terbakar Apabila Peranti Samsung Milik Beliau Meletup
Artikel Berkaitan

Wanita Mendakwa Kereta Terbakar Apabila Peranti Samsung Milik Beliau Meletup

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Kali terakhir dunia mendengar berita telefon Samsung meletup adalah ketika Note 7. Ia meletup kerana isu yang terdapat pada bateri. Note 7 itu kini dibaik pulih dan dijual semula sebagai Galaxy Note FE. Terkini laporan dari Amerika Syarikat mengatakan Samsung Galaxy S4 dan Galaxy S8 milik seorang wanita meletup dan menyebabkan kereta terbakar.

Menurut wanita tersebut, sedang beliau memandu – kedua-dua peranti Galaxy beliau secara tiba-tiba mula mengeluarkan percikan api. Sebaik sahaja beliau berhentikan kereta – ia sudah terlambat dan keretanya sudah pun musnah dek api daripada “galaksi”. Laporan ini kemudian disahkan oleh ahli bomba bertugas di mana sumber api tersebut memang berasal daripada dua peranti tadi.

Pihak Samsung turut dihubungi dan mereka setuju untuk bantu dalam penyiasatan. Mereka telahpun kumpulkan cebisan telefon-telefon berkenaan dan sehingga penyiasatan selesai – punca utama tidak boleh dikenalpasti.


TIPS & ULASAN