Cari @ Amanz

Ant Financial ialah syarikat yang dilancarkan pada tahun 2004 sebagai Alipay dan adalah anak syarikat di bawah payung Alibaba Group. Syarikat teknologi kewangan (fintech) ini berjaya mendapatkan pelaburan Siri C berjumlah $14 bilion (~RM 55.8 bilion).

Syarikat tempatan Khazanah Nasional Bhd adalah antara syarikat yang menyumbang ke dalam pelaburan ini. Antara syarikat lain yang turut melakukan pelaburan ialah Temasek, The Carlyle Group dan Warburg Pincus.

CEO Ant Financial Eric Jing berkata, Ant Financial akan terus membina ekosistem terbuka yang membolehkan rakan mereka di China dan seluruh dunia mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi digital. Sistem kewangan yang dibangunkan oleh Ant Financial digunakan oleh 870 juta pengguna di seluruh dunia.

Di Malaysia Alipay misalnya telah melakukan kerjasama dengan Touch ‘n Go, Maybank dan CIMB. Sistem imbasan kod bar seakan Alipay menjadi asas kepada sistem pembayaran LRT yang kini diuji oleh Touch ‘n Go di ibu kota.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd