Carian
Tiada Penstriman Perlawanan 2018 FIFA World Cup Di RTM1 Dan RTM2 Melalui Unifi TV
June 11, 2018 Aman

Pihak RTM telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan menyiarkan perlawanan 2018 FIFA World Cup melalui saluran RTM 1 dan juga RTM 2. Hanya segelintir perlawanan yang akan ditayangkan, dimana ada yang disiarkan secara langsung dan ada melalui siaran tertunda.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pengguna tempatan untuk menikmati dan menonton acara yang diadakan 4 tahun sekali tanpa perlu melanggan saluran berbayar seperti Astro.

Menyentuh mengenainya hari ini, Telekom Malaysia melalui akaun @unifiTV mengesahkan yang mana perlawanan 2018 FIFA World Cup yang disiarkan pada RTM1 dan RTM2 tidak akan dapat ditonton melalui Unifi TV.

Hal ini adalah disebabkan oleh hak perlesenan perlawanan berkenaan. Jikalau mengikut kepada sejarah sebelum ini, kebiasaannya saluran berkenaan akan digelapkan ketika perlawanan bola sepak berkaitan disiarkan pada Unifi TV.

Seperti biasa, bagi anda yang masih ingin menontonnya, perlu melihat kepada beberapa alternatif lain, termasuk melalui Astro Go dan sebagainya. Anda juga boleh menonton ia tanpa sebarang kos melalui saluran RTM1 dan RTM2, tetapi menggunakan pemancar televisyen biasa dan bukannya melalui Unifi TV.

https://twitter.com/unifiTV/status/1006095357632184320

Komen