Apple boleh dikatakan mempunyai garis panduan yang sedikit ketat untuk penerbitan aplikasi dan kandungan di App Store dan juga Mac App Store. Hari ini, mereka turut mengemaskini terma untuk penerbitan aplikasi iOS dan Mac – memfokuskan kepada kriptowang.
Melalui garis panduan yang dikemaskini, Apple kini menekankan kepada pengharaman aplikasi berbentuk melombong kriptowang daripada diterbitkan pada app Store dan juga Mac App Store. Langkah ini sekaligus mengelakkan aplikasi yang menggunakan sumber yang tinggi pada latar elak dimuat-turun oleh pengguna, sekaligus memastikan pengalaman yang baik kepada pengguna peranti Apple.
Walaubagaimanapun, Apple masih membenarkan aplikasi berbentuk dompet kriptowang dan juga pertukaran kriptowang pada platform mereka.
Selain Apple, sebelum ini beberapa pihak turut telah mengharamkan pengiklanan memfokuskan kriptowang pada beberapa platform seperti Facebook dan Google.