Carian
Instagram Dijangka Melancarkan Halaman Hab Video Khusus Pada Minggu Hadapan
June 12, 2018 Aman

Instagram kini dilihat menjadualkan sebuah acara khusus pada 20 jun 2018 kelak, dimana penyedia perkhidmatan perkongsian gambar dan video berkenaan dijangka melancarkan sebuah hab video khusus pada acara berkenaan.

Melalui hab berkenaan, Instagram dijangka memudahkan pengguna untuk mengakses kandungan berdurasi panjang daripada sejumlah rakan kerjasama. Kandungan video berkenaan dijangka akan hadir daripada sejumlah rakan kerjasama penerbit dan juga selebriti media sosial.

Berbeza dengan kandungan video masa kini, melalui hab khusus berkenaan ia dijangka menawarkan kandungan mencapai sepanjang sejam lamanya. Penerbit kandungan juga dijangka boleh menjana pendapatan, selain menambah pautan untuk diakses pengguna pada penghujung video berkenaan.

Kandungan yang ditawarkan dikatakan akan berkualiti tinggi – tetapi tidak mencapai tahap Netflix dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Jun ini untuk mendengar lanjut mengenai penawaran Instagram dalam arena video ini – sekaligus membuatkan pengguna terikat dengan platform mereka untuk tempoh lebih lama lagi.

Komen