Komputer Riba Lenovo Legion Y730 Dan Y530 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Nvidia GeForce GTX 1050 Ti

Komputer Riba Lenovo Legion Y730 Dan Y530 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Nvidia GeForce GTX 1050 Ti

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Dua model komputer riba baru Lenovo Legion Y730 dan Y530 dilancarkan pagi tadi menyasarkan peminat permainan komputer tegar. Legion Y730 hadir dalam dua pilihan skrin 15 dan 17 inci manakala Legion Y530 hadir dengan skrin 14″. Spesifikasi kasih penuh adalah seperti di bawah.

Legion Y730 dilengkapi skrin 17/15.6 inci HD penuh yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan Nvidia GSync, pemproses sehingga Intel Core i7, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 Ti 4GB, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 512GB SSD, storan sehingga 2TB HDD dan bateri sehingga 76 Wh.

Legion Y530 dilengkapi skrin 15.6 inci HD penuh yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan Nvidia GSync, pemproses sehingga Intel Core i7, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 Ti 4GB, memori sehingga 32GB RAM, storan 512GB SSD, storan sehingga 2TB HDD dan bateri sebesar 52.5 Wh.

Kedua-dua model mempunyai rekaan engsel penutup yang unik. Ia bersambung sedikit ke hadapan dari yang ditemui pada komputer riba biasa. Sebuah lagi ciri unik ialah sambungan I/O diberikan pada sisi kanan, sisi kiri dan juga bahagian belakang komputer riba. Papan kekunci yang disertakan turut menyokong sistem lampu tetapi pada Y730 terdapat sokongan lampu RGB Corsair iCUE.

Lenovo Legion Y730 17″ akan dijual pada harga $1250 (~RM 4987) manakala Legion Y730 15″ pula dijual pada harga $1180 (~RM 4707) bermula September hadapan. Lenovo Legion Y530 pula akan dijual bulan ini pada harga $930 (~RM 3710) sebuah.


TIPS & ULASAN