Cari @ Amanz

Sebagai pengguna digital masa kini, kita mempunyai banyak peranti yang juga menyebabkan timbunan wayar. Kita boleh kurangkannya dengan aksesori dan gajet tanpa wayar. Memudahkan masalah ini ini adalah Sudio Niva. Set fon telinga tanpa wayar sebenar dengan kualiti audio yang mengasyikkan.

Aksesori audio seperti fon telinga tanpa wayar bukanlah sesuatu yang baru di pasaran. Namun permintaan terhadap peranti ini semakin meningkat apabila telefon-telefon pintar kelas utama mula membuang bicu audio. Bermula dari Apple iPhone 7, kemudian hampir semua pengeluar peranti Android mula mengikuti langkah “inovasi” ini. Walaupun penyesuai disediakan, tapi ia agak menjengkelkan dan leceh. Oleh itu alternatif bagi memudahkan diri adalah aksesori audio tanpa wayar.

Sudio Niva adalah set fon telinga tanpa wayar sebenar seperti Apple AirPods. Ia dijual di Malaysia melalui laman web rasmi dan juga di beberapa kedai fizikal Switch. Sudio Niva adalah set fon telinga jenis “in-ear” dan ia perlu diletakkan di corong telinga. Dengan fokus terhadap konsep “nirwayar” tiada langsung wayar yang bersambung antara kedua-dua fon telinga ini. Disebabkan itu rekaannya agak besar bagi memuatkan bateri dan juga butang-butang kawalan.

Rekaan

Dari segi rekaan, kedua-dua belah fon telinga ini mempunyai rekaan yang sama. Ia mempunyai butang kuasa, LED, mikrofon dan dua pin magnet untuk pengecasan. Binaan keseluruhan adalah daripada plastik dengan kemasan hitam pusam. Seperti Apple AirPods, Sudio Niva turut mempunyai bekas simpanan yang juga berfungsi sebagai pengecas mudah alih. Bekasnya juga adalah daripada plastik dengan kemasan pusam.

Kekurangan pada set fon telinga ini adalah ia tidak mempunyai sebarang sensor kawalan, sensor gyro atau juga butang suara. Cara melaras aras suara hanyalah melalui peranti yang dihubungkan melalui bluetooth. Butang pada kedua-dua set fon telinga ini juga tidak sedap  ditekan dan perlu menekan dengan kuat untuk hidupkan, membuat sambungan, kawalan muzik atau juga akses kepada pembantu maya. Butang yang perlu ditekan kuat ini membuatkan telinga berasa tidak selesa.

Spesifikasi

Bateri pada set fon telinga adalah 55mAh, manakala bateri pada bekas simpanan adalah 500mAh. Menurut mereka, Sudio Niva ini mampu bertahan selama lebih 3-4m (termasuk pemggunaan bersama dengan bekas) dan juga hanya perlu dicaj 10 Minit atau 2 Jam. Walaupun bateri yang kecik masa bersedianya agak lama. Pemacu audio yang digunakan adalah 6.2MM – menjanjikan pengalaman audio yang baik.

Saya adalah pengguna set fon telinga jenis “in-ear” yang berwayar. Saiznya kecil, dan juga tidak mempunyai keunikan. Sudio Niva ini pula bersaiz besar dan cara penggunaan pada pertama kali agak tidak selesa dan telinga terasa penuh. Hari-demi -hari, saya makin gemar akan set fon telinga ini walaupun ada kekurangannya.

Pihak Sudio tidak menyatakan sebarang perlindungan kalis percikan. Jadi penggunaan pada waktu hujan atau juga berpeluh masih tidak pasti.

Kualiti Bunyi & Prestasi

Sudio Niva tidak mempunyai bass yang memuaskan. Clarity yang baik – pendengaran mana-mana jenis muzik yang sangat jelas dan enak. Treble yang hanya sederhana. Bass Sudio Niva ini seolah tiada bass menjadikan pengalaman pendengran jangka masa panjang tidak memuaskan.

Proses penyambungan bluetooth-nya pula kadangkala tidak berjaya. Saya uji pada Xiaomi Mi Mix 2, iPhone 7 Plus, OnePlus 6, iPad 2018 dan juga Xiaomi Mi 8. Cara untuk pastikan sambungan bluetooth sentiasa berjaya adalah dengan memastikan kedua-dua butang kuasa ditekan secara serentak.

Set fon telinga tanpa wayar ini juga mempunyai sedikit kekurangan ketika membuat panggilan telefon. Apabila saya mendengar muzik, dan menjawab panggilan telefon – hanya sebelah kanan sahaja yang akan berfungsi dan set sebelah kiri akan bertukar kepada mod senyap. Kualiti audio panggilan telefon juga adalah baik untuk kegunaan seharian.

Menarik dengan set fon telinga jenis “In-Ear” ini adalah ia seolah mempunyai mod pembatalan hingar (Noise Cancellation). Muzik yang saya dengar tidak bocor keluar dan enak didengar.

Sayang sekali, tiada sensor gyro yang boleh mengesan pergerakan peranti ini. Ini bermakna apabila set fon telinga ini dicabut dari telinga muzik yang sedang dimainkan tidak akan berhenti seperti set fon telinga Jabra atau Apple AirPods.

Menjadikan Sudio Niva ini menarik walaupun kualiti audio keseluruhannya adalah mencukupi, terdapat fungsi mengakses pembantu maya Google Assistant atau Alexa dengan menekan butang kuasa sebelah kanan beberapa saat.

Kesimpulan

Sudio Niva adalah set fon telinga alternatif kepada Apple AirPods pada harga RM425 sahaja. Jika mencuba sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain ini adalah pilihan yang sesuai. Malah harganya juga boleh dikategorikan sebagai mampu-milik untuk peranti lain dalam kelasnya.

Walaupun ada kekurangannya, tetapi untuk pengalaman set fon telinga tanpa wayar sebenar dengan kualiti audio yang baik, ini adalah satu perbelanjaan yang baik.

Khusus untuk pembaca Amanz, anda juga boleh menggunakan kod [ AMANZ ] apabila membeli peranti ini secara atas-talian terus dari mereka, dan mendapatkan diskaun 15% untuknya.

PRO KONTRA
  • Harga yang menarik
  • Bateri yang tahan lama
  • Sokongan pemabantu maya
  • Kualiti audio yang baik
  • Bekas simpanan plastik yang terasa murah
  • Tiada butang kawal suara
  • Kualiti audio yang tidak konsisten
  • Hanya sebelah kanan sahaja aktif ketika panggilan telefon

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd