Cari @ Amanz

Xiaomi Mi A1 ialah peranti Android One yang menerima sambutan menggalakkan dari pengguna kerana ia adalah “Pixel” yang dijual pada harga mampu milik. Ramai yang menantikan Mi A2 untuk dipasarkan tetapi sehingga kini ia masih belum diumumkan oleh pihak Xiaomi.

Penantian untuk Mi A2 untuk akan berakhir kelak selepas Xiaomi Mi A2 Lite didapati sudah melepasi laman pengesahan Sirim semalam. Peranti dengan nombor model M1805D1SG  ini telahpun disahkan sebagai Mi A2 Lite sebelum ini selepas ia muncul pada laman pensijilan Singapura minggu lalu.

Dari beberapa maklumat yang diketahui setakat ini, ia mungkin sebuah Redmi 6 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Xiaomi akan melancarkan beberapa model Redmi 6 pada hari ini dengan skrin bertakuk. Nantikan kemunculannya dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd