Xiaomi Redmi 6 Dan 6A Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Pemproses Helio P22 Dan A22

Xiaomi Redmi 6 Dan 6A Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Pemproses Helio P22 Dan A22

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Dua peranti kelas permulaan Xiaomi Redmi 6 dan 6A telah dilancarkan di China sebentar tadi. Kedua-duanya tidak dilengkapi skrin bertakuk atau sistem dwi-kamera yang kini dilihat sebagai fungsi standard pada peranti yang dilancarkan pada tahun 2018.

Kita mulakan dengan Xiaomi Redmi 6 yang dilengkapi skrin 5.45″ HD+, dijana pemproses MediaTek Helio P22, memori sebesar 3/4 GB RAM, storan sebesar 32/64 GB, kamera utama 12+5 Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mah.

Xiaomi Redmi 6A pula dilengkapi skrin 5.45″ HD+, dijana pemproses MediaTek Helio A22, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh juga.

Kedua-dua peranti ini masih menggunakan port mikroUSB dan menarik sekali pembesar suara terletak pada bahagian belakang. Sudah agak lama peranti tidak menggunakan rekaan pembesar suara seperti ini.

Di China Xiaomi Redmi 6 dijual pada harga RMB799 (~RM 498) untuk versi 3GB/32GB dan RMB999 (~RM 622) untuk versi 4GB/64GB. Redmi 6A pula dijual pada harga RMB 599 (~RM 373) sebuah bermula 15 Jun ini.


TIPS & ULASAN