Konsol Xbox Generasi Baru Dilaporkan Mungkin Tiba Pada 2020

Konsol Xbox Generasi Baru Dilaporkan Mungkin Tiba Pada 2020

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Microsoft pada acara E3 2018 yang diadakan minggu ini telah mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan konsol generasi baru Xbox, selain turut sedang membangunkan perkhidmatan penstriman permainan video tersendiri.

Kini, lanjutan daripadanya, laporan baru hadir mengatakan Microsoft mungkin memperkenalkan xbox generasi baru mereka pada 2020 kelak.

Ia dikatakan Microsoft sedang membangunkan sejumlah peranti dibawah nama kod “Scarlett” untuk diperkenalkan pada 2020 kelak. Info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Tetapi, dengan fokus penstriman permainan video, mungkin Microsoft akan memperkenalkan peranti berbeza saiz dan tujuan – sekaligus memperlihatkan sokongan penstriman permainan melaluinya.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan Microsoft mungkin mengekalkan sokongan untuk memainkan permainan Xbox sedia ada melalui konsol generasi akan datang kelak.

Apa pun, buat masa ini, ia hanya sekadar spekulasi sahaja dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai Xbox baru ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN