Carian
Cadangan Akses Internet Sebagai Hak Asasi Dibawah Perlembagaan Malaysia Akan Dibawa Ke Kabinet
June 13, 2018 Aman

Dengan arena internet yang berkembang pesat dari hari ke hari, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan bakal membawa dan membentangkan cadangan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan – sekaligus menambah hak untuk akses ke capaian internet diletakkan sebagai salah satu hak asasi rakyat di Malaysia.

Sekiranya akses internet menjadi hak asasi dibawah Perlembagaan, ia secara tidak langsung akan membuatkan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi lebih serius dalam menghubungkan semua rakyat Malaysia ke internet.

Ini juga sekaligus akan membawa kepada harga yang lebih mampu milik untuk akses internet, disamping perkhidmatan internet yang lebih baik kepada pengguna.

Secara tidak langsung ia akan turut mempertingkatkan ekonomi digital di Malaysia dan membolehkan semua rakyat turut mengambil bahagian didalamnya.

Apapun, seperti biasa, ia masih pada peringkat cadangan awal dan perlu dibangkitkan di Kabinet terlebih dahulu untuk melihat sama ada cadangan ini disokong ahli Parlimen atau tidak.

Komen