Steam Menghentikan Sokongan Windows XP Dan Vista Pada 1 Januari 2019

Steam Menghentikan Sokongan Windows XP Dan Vista Pada 1 Januari 2019

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Steam ialah perkhidmatan pembelian permainan komputer yang amat popular kerana ia mudah dan paling penting sekali penawaran harga yang murah. Saban tahun Steam Sale dinantikan pemilik PC. Tetapi sekiranya anda masih menggunakan Windows XP dan Vista, anda perlu menggunakan sistem operasi baru pada 1 Januari 2019.

Pada tarikh tersebut, perisian Steam yang digunakan untuk muat turun serta menjalankan permainan yang dibeli tidak lagi berfungsi pada dua sistem operasi lama ini. Keputusan diambil kerana sistem operasi ini tidak lagi popular di kalangan pengguna Steam. Di dalam pungutan suara yang dilakukan oleh Valve, kurang dari 0.22% pengguna Steam masih menggunakan XP manakala Vista langsung tidak tersenarai.


TIPS & ULASAN