Cari @ Amanz

Pada minggu lalu, CEO NVIDIA, Jensen Huang menyatakan bahawa kad grafik generasi terbaru NVIDIA tidak akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Akan tetapi, baru-baru ini, Tom’s Hardware Germany melaporkan bahawa pihak NVIDIA sudahpun berada dalam perbincangan dengan rakan-rakan pembuat kad grafik untuk membina kad grafik generasi akan datang mereka yang diberikan nama kod “Turing”.

Menurut laporan Tom’s Hardware, syarikat-syarikat pembina ini sudahpun diberi dokumen “Bill of Materials” yang boleh membantu mereka membina kad grafik terbaru ini.

Ia juga dikatakan bahawa kad-kad grafik pertama “Turing” yang akan hadir di pasaran ini iaialh kad grafik siri Founders Edition yang biasanya dikeluarkan dulu oleh pihak NVIDIA, dan rekaan khusus akan datang kemudian.

Buat masa ini, pihak NVIDIA masih belum mengesahkan lagi jika model kad grafik “Turing” ini akan menggunakan nama GeForce GTX 11XX ataupun GTX 20XX.

Dari segi tarikh pengeluaran pula, ia dikatakan bahawa syarikat-syarikat ini akan mengambil masa dua ke tiga bulan untuk mengilangkan kad-kad grafik tersebut, jadi mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai kad-kad grafik tersebut lebih dekat kepada suku ketiga tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd