Toyota Akan Melabur Sebanyak RM4 Bilion Pada Grab

Toyota Akan Melabur Sebanyak RM4 Bilion Pada Grab

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Toyota merupakan salah satu jenama permotoran yang tidak asing diseluruh dunia. Mereka sebelum ini sedia membuat sedikit pelaburan pada Grab, dan kini dilihat akan menambah lagi pegangan mereka pada perkhidmatan tempahan pengangkutan berkenaan.

Terkini, Toyota mengumumkan yang mana mereka akan melabur sebanyak $1 bilion (~RM4 bilion) pada Grab. Ia dijangka akan menjadi sebahagian daripada suntikan pelaburan baru untuk Grab yang menilaikan syarikat tempahan pengangkutan berkenaan pada nilai $10 bilion.

Dengan pelaburan baru ini, Toyota turut akan menerima kerusi lembaga pengarah pada Grab.

Toyota sendiri sebelum ini telah memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan teknologi – termasuk untuk swapandu dan menghimpunkan sejumlah data untuk masa depan perkhidmatan berkenaan. Selain Grab, Toyota sebelum ini pernah melabur pada Uber dan juga Japan Taxi.


TIPS & ULASAN