Cari @ Amanz

Bagi para peminat bola sepak seluruh dunia, semestinya salah satu acara yang dinantikan adalah 2018 FIFA Piala Dunia. Selari dengannya, sejumlah syarikat juga turut menambah sokongan informasi berkaitan acara yang diadakan 4 tahun sekali tersebut.

Tidak ketinggalan adalah Apple, dimana kini mereka akan turut menawarkan info berkaitan 2018 FIFA Piala Dunia melalui Siri.

Siri World Cup 2018

Penawaran ini buat pertama kali ditambah untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna bertanyakan info mengenai skor, jadual perlawanan, senarai pasukan, dan sebagainya.

Selain daripada itu, Apple turut akan menawarkan kandungan berkaitan Piala Dunia dengan mengetengahkan aplikasi berkaitan di App Store, selain turut menawarkan kandungan melalui Apple Podcast dan Apple Music.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd