Google Chrome Hanya Akan Menyokong Pemasangan Pemalam Melalui Chrome Web Store Selepas Ini

Google Chrome Hanya Akan Menyokong Pemasangan Pemalam Melalui Chrome Web Store Selepas Ini

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Google Chrome sebelum ini sedia menghalang pemasangan pemalam daripada luar Web Store untuk pengguna Windows. Kini, selain hanya untuk Windows, Google bakal memperluaskan sokongan sama untuk pengguna pelayar web berkenaan pada pelbagai platform lain.

Dengan langkah ini, pengguna tidak boleh memasang pemalam yang ditawarkan pada laman web ketiga – sekaligus menjadikan pelayar web anda lebih selamat dan tidak terancam dengan pemalam yang tidak dikenali. Pengguna yang ingin memasang sesuatu pemalam akan diperlukan melakukannya melalui Chrome Web Store sahaja selepas ini.

Langkah ini akan dikuatkuasakan oleh Google secara berperingkat bermula September kelak.


TIPS & ULASAN