Kehadiran Raja Koduri sebagai Ketua Arkitek bahagian grafik di Intel nampaknya bakal membuahkan hasil menjelang tahun 2020 kelak.
Intel, melalui sebuah kicauan di Twitter mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan hadir dengan solusi kad grafik kendiri mereka dalam masa dua tahun.
Akan tetapi, kicauan tersebut tidak menyatakan sebarang butiran lanjut, dan pautan yang dimuatkan hanya menunjukkan artikel mengenai pelantikan Raja Koduri di Intel.
Intel’s first discrete GPU coming in 2020: https://t.co/s9EPeFifBp pic.twitter.com/n5zmUY2Mc2
— Intel News (@intelnews) June 12, 2018
Buat masa ini juga, tiada sebarang maklumat yang diberi untuk menunjukkan jika kad grafik ini akan digunakan untuk gaming ataupun untuk mengolah model 3D dan sebagainya.
Ini bukanlah kali pertama Intel dilihat hadir dengan sebuah projek kad grafik, tetapi ini adalah kali pertama Intel dilihat mengumumkan bahawa mereka akan bersaing dengan AMD dan NVIDIA secara aktif di arena perkakasan grafik.