Nokia X6 Menerima Kemaskini Pertama Bagi Menyembunyikan Takuk Pada Skrin

Diterbitkan pada Jun 13, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semakin banyak telefon pintar yang menggunakan skrin bertakuk walaupun secara majoriti kurang digemari pengguna. Antara penyelesaian yang dilakukan pengeluar ialah menyertakan fungsi menyembunyikan takuk menerusi perisian seperti yang dilakukan oleh Huawei, OnePlus dan LG.

Nokia X6 ialah sebuah lagi peranti bertakuk yang menerima kemaskini ini. Telefon pintar yang dilancarkan awal bulan ini ialah yang pertama dari Nokia yang menggunakan skrin bertakuk. Buat masa ini ia hanya dijual di China dengan perancangan menjualnya untuk pasaran global kelak. Jadi kepada pembaca Amanz yang mahukan X6 tetapi membenci takuk, sekurang-kurangnya anda boleh menyembunyikannya kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami