Kemaskini iOS Akan Datang Akan Menutup Kelemahan Bicu Lightning – Mengekang Pengaktifan Peranti Tanpa Kebenaran

Kemaskini iOS Akan Datang Akan Menutup Kelemahan Bicu Lightning – Mengekang Pengaktifan Peranti Tanpa Kebenaran

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Peranti-peranti iOS boleh dikatakan di antara peranti yang paling selamat yang boleh digunakan. Akan tetapi, peranti yang dikatakan selamat ini masih ada kelemahan yang masih boleh diambil kesempatan, jika anda mempunyai kuasa dan wang yang mencukupi.

Kelemahan yang diperkatakan ini ialah kerentanan melalui bicu Lightning yang membolehkan penggodam untuk mengakses peranti iOS ini tanpa memerlukan kata laluan. Ia pernah digunakan oleh pihak Federal Biro of Investigations (FBI) pada 2016 apabila pihak Apple mengatakan bahawa mereka tidak akan membantu badan keselamatan tersebut untuk membuka peranti iPhone seorang pembunuh bersiri.

Akan tetapi, kerentanan ini kini sering digunakan oleh badan berkuasa untuk mendapatkan maklumat daripada peranti tanpa kebenaran pemilik peranti tersebut, dan bagi Apple, ini sesuatu yang tidak patut berlaku.

Apple baru sahaja mengumumkan bahawa kemaskini perisian iOS akan datang akan memperbaiki kelemahan ini dengan memadamkan akses kepada bicu Lightning selepas sejam peranti tersebut tidak digunakan.

Dengan kemaskini ini, apabila peranti iOS dipasang kepada komputer melalui sambungan USB, pengguna perlu memasukkan kata laluan untuk membenarkan komputer mengakses maklumat yang terkandung didalam peranti tersebut.

Buat masa ini, pihak Apple belum mengumumkan bilakah kemaskini ini akan tiba untuk para pengguna, tetapi kebarangkalian besar ia akan tiba tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN