Cari @ Amanz

Awal tahun yang lalu Byton memperlihatkan konsep kereta swapandu elektrik mereka M-Byte. Kenderaan ini cuba memberikan saingan kepada Tesla yang masih merupakan pengeluar kenderaan elektrik dengan kemampuan swapandu dunia. Kenderaan konsep K-Byte ini adalah sebuah kereta sedan. Ini berbeza dari M-Byte yang merupakan sebuah SUV.

K-Byte bakal dilengkapi bateri sebesar 71 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sehingga 400km dengan sekali caj. Sistem pengecasan pantas yang disertakan boleh mengecas bateri sehingga 80% dalam masa 30 minit menurut Byton. Motor-motor elektrik dengan kuasa gabungan 200 kW digunakan bagi memberikan kemampuan 4WD.

Kenderaan ini akan diperlihatkan secara rasmi di CES Asia kelak. Seperkara yang menarik mengenai K-Byte ialah sensor swapandu seperti kamera dan LIDAR yang digunakan boleh disorokkan apabila tidak digunakan. Ini membolehkan kenderaan kelihatan seperti kereta biasa apabila diperlukan. Byton berharap prototaip sebenar dapat diuji menjelang 2020 dengan kemampuan swapandu tahap empat iaitu satu tahap di bawah kemampuan memandu tanpa sebarang input dari manusia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd