Carian
Aplikasi Apple Support Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia
June 14, 2018 Aman

Apple sebelum ini telah hadir dengan aplikasi dinamakan Apple Support yang menawarkan sejumlah khidmat bantuan kepada pengguna produk Apple. Ia sebelum ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sahaja, dan hari ini, penawaran aplikasi berkenaan turut diperluaskan untuk pengguna Malaysia.

Pengguna Malaysia kini boleh memuat-turun aplikasi Apple Support melalui App Store, dan menggunakannya untuk mengakses khidmat sokongan daripada Apple, serta mendapatkan beberapa tips berkaitan peranti anda.

Ia juga turut boleh menghubungkan anda terus melalui chat, emel atau panggilan kepada pihak Apple, sekaligus mengatasi masalah yang dihadapi anda. Sekiranya masalah anda gagal untuk diatasi, maka ana boleh terus menjadualkan temujanji untuk baiki peranti anda menggunakan aplikasi Apple Support ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Apple, boleh memuat-turun Apple Support ini hari ini.

Komen